Wednesday, October 12, 2011

Taklimat Mengenai Dengan Kitar Semula


Pada 13 Julai 2011, guru-guru dan murid-murid berpeluang mendengar taklimat dari wakil O'Bon mengenai dengan pentingnya Kitar Semula. Acara bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh. Pembentangan menggunakan Ms Powerpoint menambah minat dan kefahaman murid-murid akan pentingnya Kitar Semula ini dilakukan bagi manusia dan alam semula jadi.
Secara ringkasnya kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Kitar semula sangat penting kepada dunia dan manusia yang hidup di dalamnya kerana ia boleh:
1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Selesai memberikan taklimat murid-murid berpeluang menerima hadiah jika berjaya menjawab soalan-soalan yang di berikan dengan tepat.
Sebahagian dari hasil Produk Kitar Semula yang di pamer dan di jual pada hari tersebut :

0 comments:

Visitors Counter