Monday, October 10, 2011

Lawatan Ke Muzium Teknologi dan Muzium Brunei

Pada 6 Jun 2011, murid-murid dari PRA hingga Tahun 6 di iringi guru-guru telah membuat lawatan ke Muzium Teknologi Brunei bertempat di Kampong Pelambayan. Di Muzium Teknologi Brunei murid-murid dapat menyaksikan adat perkahwinan 7 puak jati Brunei yang terdiri daripada Puak Brunei, Tutong, Belait, Murut, Bisaya, Dusun dan Kedayan dan juga termasuk replika bentuk pelamin bagi setiap puak. Manakala di tingkat atas pula dipamerkan beberapa peralatan-peralatan lama seperti celapa, gantang, pedang, gong dan sebagainya. Ditingkat ini murid-murid dapat menyaksikan bagaimana orang-orang dahulu melakukan pertukangan kayu dan besi seperti parang dan membuat atap daripada daun nibong. Di tingkat 3 dipamerkan rumah atau kediaman setiap puak jati melayu di negara ini seperti Puak Dusun. Rumah ini diperbuat daripada kayu dan ianya kelihatan seperti benar.

Setelah mengambil gambar disekitar luar kawasan Muzium Teknologi murid-murid kemudiannya beredar ke bangunan Muzium Kota Batu yang berada di atas bukit. Murid-murid hanya berjalan kaki sahaja dengan menggunakan tangga yang telah disediakan menuju ke tempat tersebut. Di Muzium kota Batu murid-murid dapat melihat pameran ‘Rahsia Dari Sungai’ dimana bermacam-macam jenis artifak telah ditemui di Sungai Limau Manis semasa kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan. Antaranya ialah duit syiling yang berasal dari negeri Cina seperti tembikar-tembikar lama dan batu jed. Manakala di ruang hujung pula ialah pameran ‘Masjid Wadah Kepimpinan Raja’yang mempamerkan barang-barang seperti beduk, mimbar, cokmar, bendera masjid dan model masjid. Di ruang yang lain pula mempamerkan barang-barang yang didapati dari negara-negara Islam seperti tembikar, Al quran, pedang dan lain-lain lagi. Di muzium itu juga ada menempatkan satu ruang khas yang mempamerkan penemuan minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi bagi Negara Brunei Darussalam.

Sebahagian gambar yang di ambil ketika lawatan :

0 comments:

Visitors Counter