Friday, October 14, 2011

Projek Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik

Pada 25 Julai 2011 bertempat di Sekolah Rendah Junjungan di adakan Aktiviti Projek Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik sekolah-sekolah rendah Zon Brunei IV. Seramai 7 orang murid dari tahun 5 terpilih bagi mewakili sekolah rendah Bebuloh.

AKSI Bagi Guru dan Kakitangan Sekolah-Sekolah Brunei IV

23 Julai 2011 jam 2 ptg - Satu aktiviti sihat (AKSI) beriadah bagi guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah kawasan Brunei IV telah diadakan di Taman Mini Peranginan Kampong Parit. Aktiviti ini dihadiri oleh Tetamu Kehormat Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Rendah, Hj Zulkifli bin Ladis. Acara dimulakan dengan aktiviti pemanasan dan seterusnya senamrobik beramai-ramai diketuai oleh guru-guru Sekolah Rendah Sengkurong. Setelah bersenamrobik, guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah rendah Brunei IV, 'brisk walk' di sekitar kaawsan taman peranginan. Selesai acara berjalan kaki, sambil berehat acara dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah atas tajaan guru-guru besar kawasan Brunei IV.

Wednesday, October 12, 2011

Taklimat Mengenai Dengan Kitar Semula


Pada 13 Julai 2011, guru-guru dan murid-murid berpeluang mendengar taklimat dari wakil O'Bon mengenai dengan pentingnya Kitar Semula. Acara bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh. Pembentangan menggunakan Ms Powerpoint menambah minat dan kefahaman murid-murid akan pentingnya Kitar Semula ini dilakukan bagi manusia dan alam semula jadi.
Secara ringkasnya kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Kitar semula sangat penting kepada dunia dan manusia yang hidup di dalamnya kerana ia boleh:
1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Selesai memberikan taklimat murid-murid berpeluang menerima hadiah jika berjaya menjawab soalan-soalan yang di berikan dengan tepat.
Sebahagian dari hasil Produk Kitar Semula yang di pamer dan di jual pada hari tersebut :

Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah


Bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid-murid satu taklimat mengenai dengan Pendidikan Pencegahan Dadah bagi Murid-murid Tahun 5 dan 6 telah diadakan pada 11 Julai 2011. Acara berlangsung di Bilik Komputer SR Bebuloh. Taklimat disampaikan oleh Pg Hj Pg Hj Shamsul Adli bin Pg Salleh wakil dari Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah Biro Kawalan Narkotik.

Lawatan ke Kementerian Pembangunan

Pada 2 Julai 2011, sekali lagi murid-murid SR Bebuloh membuat lawatan ke kementerian Pembangunan bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan kementerian ini bertempat di ruang legar dan kawasan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Monday, October 10, 2011

Lawatan Ke Muzium Teknologi dan Muzium Brunei

Pada 6 Jun 2011, murid-murid dari PRA hingga Tahun 6 di iringi guru-guru telah membuat lawatan ke Muzium Teknologi Brunei bertempat di Kampong Pelambayan. Di Muzium Teknologi Brunei murid-murid dapat menyaksikan adat perkahwinan 7 puak jati Brunei yang terdiri daripada Puak Brunei, Tutong, Belait, Murut, Bisaya, Dusun dan Kedayan dan juga termasuk replika bentuk pelamin bagi setiap puak. Manakala di tingkat atas pula dipamerkan beberapa peralatan-peralatan lama seperti celapa, gantang, pedang, gong dan sebagainya. Ditingkat ini murid-murid dapat menyaksikan bagaimana orang-orang dahulu melakukan pertukangan kayu dan besi seperti parang dan membuat atap daripada daun nibong. Di tingkat 3 dipamerkan rumah atau kediaman setiap puak jati melayu di negara ini seperti Puak Dusun. Rumah ini diperbuat daripada kayu dan ianya kelihatan seperti benar.

Setelah mengambil gambar disekitar luar kawasan Muzium Teknologi murid-murid kemudiannya beredar ke bangunan Muzium Kota Batu yang berada di atas bukit. Murid-murid hanya berjalan kaki sahaja dengan menggunakan tangga yang telah disediakan menuju ke tempat tersebut. Di Muzium kota Batu murid-murid dapat melihat pameran ‘Rahsia Dari Sungai’ dimana bermacam-macam jenis artifak telah ditemui di Sungai Limau Manis semasa kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan. Antaranya ialah duit syiling yang berasal dari negeri Cina seperti tembikar-tembikar lama dan batu jed. Manakala di ruang hujung pula ialah pameran ‘Masjid Wadah Kepimpinan Raja’yang mempamerkan barang-barang seperti beduk, mimbar, cokmar, bendera masjid dan model masjid. Di ruang yang lain pula mempamerkan barang-barang yang didapati dari negara-negara Islam seperti tembikar, Al quran, pedang dan lain-lain lagi. Di muzium itu juga ada menempatkan satu ruang khas yang mempamerkan penemuan minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi bagi Negara Brunei Darussalam.

Sebahagian gambar yang di ambil ketika lawatan :

Sunday, October 9, 2011

Lawatan Ke Taman Mini Budaya Puak Melayu Brunei

Pada 28 April 2010, murid-murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 telah mengadakan lawatan ke Taman Mini Bidaya Puak Melayu Brunei bertempat di Sekolah Rendah Panglima Berudin, Limau Manis. Murid-murid diiringi guru kelas masing-masing. Dengan adanya lawatan seperti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang puak-puak Melayu Brunei.

Friday, October 7, 2011

Majlis Perpisahan

Pada 15 April 2011, bertempat di Restoran Season telah berlangsung majlis perpisahan bagi Cikgu Tetty Suffina binti Hj Ahmad yang berpindah ke Sekolah Rendah Katok. Mula berkhidmat di Sekolah Rendah Bebuloh pada tahun 2002. Semoga Cikgu Tetty akan terus maju jaya membimbing anak bangsa menjadi manusia yang berguna pada ugama, bangsa dan negara.

Kempen Kitar Semula

Kempen Kesedaran Penggunaan dan kitar Semula Kertas telah diadakan dikalangan murid-murid dan warga sekolah. Kertas-kertas yang tidak lagi digunakan tidak akan dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah malahan akan dikumpulkan dan dijual kepada Syarikat Daikyo Environmental Recycling Sdn Bhd. Beginilah suasana ketika kempen berlangsung. Selain memberi kesedaran kepada guru-guru dan murid-murid tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, kempen ini juga melatih murid-murid mengamalkan sikap tolong-menolong, tidak jamah mata dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Monday, September 12, 2011

Pengambilan Contoh Darah

Pengambilan Contoh Darah bagi pemeriksaan penyakit malaria telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Bebuloh. Beberapa orang pegawai dari Kementerian Kesihatan bertugas menjalankan pengambilan darah bagi kesemua murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Lawatan ke Pesta Buku

Lawatan ke Pesta Buku bertempat di International Convention Centre (ICC), Berakas. Seramai 80 orang murid di iringi 14 orang guru turut serta dalam lawatan ini.

Friday, April 29, 2011

Pembaikan Jalan Masuk Utama Ke kawasan Sekolah

Pada ketika ini pembaikan akibat dari tanah susur telah dijalankan sejak 23hb April 2011 yang lalu di tepi kawasan masuk ke Sekolah Rendah Bebuloh. Walaubagaimanapun cuaca buruk yang berterusan ini telah memburukkan lagi keadaan dari sebelumnya, sekaligus memberi kesan pada hasil pembaikan yang sedang giat dijalankan. Laluan utama bertambah rosak dan menjejaskan perjalanan masuk dan keluar warga sekolah. Murid-murid dinasihatkan agar lebih berwaspada ketika melintasi kawasan yang terjejas. Pada peringkat awal pembaikan, sebahagian guru-guru dan kakitangan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalanraya sebagai langkah keselamatan. Perkembangan setakat hari ini, semua kenderaan tidak lagi dapat masuk ke kawasan sekolah. Sedikit sebanyak perkara ini menjejaskan kelancaran perjalanan kenderaan yang lalu dikawasan sekolah dan juga kepada ibubapa. Namun usaha dari pihak-pihak yang bertanggungjawab terus dijalankan bagi memulihkan keadaan.

Tuesday, March 15, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan 2011/1432H

Pada 26hb Februari bersamaan dengan 23 Rabiulawal 1432H, Sekolah Rendah Bebuloh telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul dan diselajurkan dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 27. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh.

Tuesday, February 22, 2011

Warga SR Bebuloh 2011

Warga Sekolah Rendah Bebuloh bagi tahun 2011.

Monday, February 21, 2011

Pelantikan Ketua Murid SR Bebuloh

Majlis penyerahan lencana bagi pelantikan ketua murid bagi tahun 2011 telah disampaikan oleh Guru Besar SR Bebuloh. Murid-murid yang telah dilantik diharap akan memberikan kerjasama dan menjadi contoh kepada murid-murid yang lain.

Majlis Pelancaran Bendera Kecil Meja Murid

Untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 27 tahun ini, Sekolah Rendah Bebuloh mengadakan majlis penyerahan bendera kecil meja bagi murid-murid dan buku Hormati Bendera Negara. Acara berlangsung di kawasan lapang letak kereta.

Tuesday, February 1, 2011

Surat Penghargaan

Bapa kepada salah seorang murid PRA telah memberikan surat penghargaan kepada pihak sekolah dalam menangani insiden berlaku terhadap anak beliau.

Pemeriksaan Gigi





Murid-murid PRA hingga Tahun 6, SR Bebuloh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Pusat Pergigian bahagian sekolah-sekolah untuk pemeriksaan gigi bertempat di Bilik Perpustakaan. Selain membuat pemeriksaan gigi, pegawai-pegawai yang bertugas juga mencabut mana-mana gigi yang rosak, menambal gigi yang berlubang dan memberikan nasihat cara penjagaan gigi yang betul. Pegawai-pegawai bertugas berada di SR Bebuloh hampir seminggu bermula dari 17hb Januari hingga 22hb Januari, 2011.

Tuesday, January 18, 2011

Majlis Penutup Akhir Tahun 2010

Majlis Mini Konvo bagi Murid-murid PRA dan Penyampaian Hadiah Murid-Murid Cemerlang bagi Tahun 2010 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh pada 23 November, 2010. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Said bin Tundak, Ketu Kampong Bebuloh. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari murid-murid PRA hingga Tahun 6.

Visitors Counter