Thursday, November 18, 2010

Lawatan ke Rizqun

Pada 16hb November, 2010 murid-murid Tahun 5 dan 6 mengadakan lawatan ke Rizqun. Murid-murid di iringi oleh Cikgu Norshratinah binti Hj Rajid, Cikgu Hjh Rokiah binti Yusof dan Cikgu Rose Hasnizahwati binti Hj Md Tamit. Rombongan lawatan di beri taklimat sebelum dibawa melawat kesalah sebuah bilik hotel, ke kolam renang dan sebahagian tempat-tempat menarik yang terdapat di hotel tersebut.

Wednesday, November 17, 2010

Keputusan PSR 2010

Keputusan Peperiksaan Sijil Rendah (PSR) pada tahun ini ditahap cemerlang. Daripada 22 orang murid yang telah menduduki peperiksaan hanya 2 orang murid yang gagal. Peratus murid yang lulus pada tahun ini adalah 100% dimana 2 orang murid yang gagal telah dikeluarkan dari peratus peperiksaan. Peratus pada tahun ini menunjukkan satu peningkatan daripada 76% pada tahun 2009 kepada 90.9%.
Ucapan tahniah kepada semua guru-guru yang menyumbang kearah kejayaan murid-murid lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang mengajar Tahun 6 dan tidak lupa setinggi penghargaan buat guru besar yang turut menerus memberi sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.

Wednesday, November 10, 2010

Lawatan Ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas

Pada 9hb November, 2010 bersamaan dengan 3 Zulhijjah 1431 murid-murid Tahun 6 seramai 22 orang meneruskan lawatan mereka ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Guru pengawas semasa lawatan tersebut ialah Cikgu Norshratinah binti Hj Rajid selaku guru kelas Tahun 6 dibantu Cikgu Rose Hasnizahwati binti Hj Mohd Tamit.
Semasa lawatan rombongan diberikan taklimat dan dibawa melihat ke ruang pejabat dimana kakitangan menghasilkan karya dan lukisan yang akan di muatkan didalam majalah-majalah mahupun buku-buku cerita yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Murid-murid diberi peluang melihat dan membaca buku-buku cerita yang terdapat di ruangan khas. Di akhir lawatan murid-murid juga diberi peluang untuk bertanya sebarang soalan dalam sessi soal-jawab.


Murid PRA Terima Penghargaan

Salah seorang wakil murid PRA, Mohd Norazlan bin Yalim telah berjaya mendapat penghargaan dalam Peraduan Seni Lukis, Kreatif dan Kraftangan bagi Sekolah-sekolah Rendah kali ke 43 yang telah berlangsung pada 8hb November 2010 bersamaan dengan 2 Zulhijjah 1431 bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei Muara. Cikgu Norhazlina binti Merali selaku guru kelas mengiringi murid semasa majlis tersebut.



Monday, November 1, 2010

Chit-Chat 'Mari Bekurapak'

Bagi memahirkan murid-murid berkomunikasi dan lebih berkeyakinan untuk melakukan mahupun menyampaikan sesuatu tugasan pihak sekolah mengadakan aktiviti dimana murid-murid akan menceritakan atau menerangkan sesuatu tajuk dihadapan guru-guru dan murid-murid yang lain. Aktiviti ini dinamakan Chit-Chat atau 'Mari Bekurapak'. Aktiviti akan dilakukan secara bergilir-gilir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sunday, October 31, 2010

Lawatan Ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Di Raja

Pada 30hb Oktober, aktiviti bagi murid-murid Tahun 6 diteruskan dengan lawatan ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Di Raja terletak di kawasan Bandar Seri Begawan. Murid-murid di iringi dua guru pengawas Cikgu Hjh Rokiah bte Yusof dan Cikgu Rose Hanizahwati bte Hj Md Tamit.



Friday, October 29, 2010

Lawatan Ke Muzium Teknologi

Pada 27hb Oktober, 2010 murid-murid Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan PSR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Teknologi di Jalan Kota Batu. Murid-murid di iringi oleh Cikgu Nurshratinah bte Hj Rajid dan Cikgu Rose Hasnizahwati bte Hj Md Tamit.

Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar

Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar peringkat saringan telah diadakan di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei pada 19hb Oktober, 2010. Peserta terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 3, 4 dan 5. Murid-murid melakonkan Sketsa Drama bertajuk 'Samad Selamat'. Murid-murid mengadakan latihan penuh pada 18hb Oktober. Murid-murid di awasi oleh Cikgu Nurhasiefah bte Abdullah dan Cikgu Nurshratinah bte Hj Rajid.

Sambutan Hari Raya dan Hari Guru

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H dan Hari Guru bagi kali ke 20 telah diadakan pada 9hb Oktober, 2010. Acara mengambil tempat di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh. Berbagai persembahan dari murid-murid hasil bimbingan dari guru-guru dapat disaksikan semasa majlis tersebut. Tetamu kehormat majlis ialah Awang Melin bin Anggas.

Visitors Counter