Tuesday, June 16, 2009

Taklimat SPN21


Pada 5hb Jun, 2009 hari Jumaat Sekolah Rendah Bebuloh telah mengadakan Taklimat SPN21 bagi ibubapa dan penjaga murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh bermula jam 8 pagi. 
Taklimat bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada ibubapa dan penjaga murid mengenai perubahan pengajaran, pembelajaran, pemarkahan, buku-buku teks yang digunakan, penilaian tahap kemajuan murid dan sessi soal jawab. Diharap dengan adanya taklimat seperti ini akan menambah pengetahuan ibubapa dan penjaga murid tentang perubahan pembelajaran anak-anak mereka dan menambah eratkan kerjasama antara ibubapa dan penjaga dan guru-guru. 

Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula, membuka acara sebelum taklimat dimulakan. 
Cikgu Hj Roslan bin Hj Yakub guru Kelas Tahun 4 menyampaikan taklimat mengenai SPN21.
Antara ibubapa dan penjaga murid yang hadir.
Antara guru-guru yang turut menyampaikan taklimat SPN21 ialah Cikgu Hjh Zuliana binti Hj Jolkifli guru kelas Tahun 1, Cikgu Tetty Sufina binti Hj Ahmad guru RELA Rendah Bawah dan Cikgu Nurshratinah binti Hj Rajid guru kelas Tahun 5 matapelajaran Bahasa Inggeris Rendah Atas.


0 comments:

Visitors Counter