Sunday, June 7, 2009

Kejohanan Olahraga Kawasan Brunei IV

Tuan rumah Kejohanan  Olahraga bagi kawasan Brunei IV kali ini  ialah Sekolah Rendah Jerudong ianya berlangsung pada 5hb Mei, 2009. Acara bertempat  di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula jam 8.00 pagi. Hampir kesemua acara olahraga berlangsung pada sebelah pagi bagi peringkat saringan. Acara pada sebelah petang ialah perlawanan peserta yang berjaya keperingkat akhir, perbarisan lalu peserta olahraga dan penyampaian hadiah. Tetamu kehormat pada hari itu ialah Yang Mulia Hjh Kamariah binti Hj Ibrahim, PPKD, Brunei IV.


Sebahagian guru-guru SR Bebuloh yang bertugas pada hari tersebut.


Murid-murid menikmati makan tengahari yang disediakan. 

Salah seorang  peserta olahraga mendapat kecederaan ringan.
Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula menyampaikan hadiah kepada peserta olahraga yang berjaya. 
Peserta-peserta olahraga SR Bebuloh ketika perbarisan lalu di iringi guru Pengawas Sukan Cikgu Iswadi bin Dr Mataim.

Peserta-peserta olahraga berkumpul di padang Stadium sebelum acara bersurai. 

Teruskan usaha untuk terus maju dalam sukan. 



Wednesday, June 3, 2009

Acara Riadah Dan Taklimat Bomba Serta Demonstrasi Memadam Api

Pada 17hb Mei, Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Rendah Bebuloh telah menganjurkan acara riadah senam aerobik dan berjalan kaki. Ahli-ahli PIBG, Guru-guru dan Ibubapa murid berkumpul di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh melakukan senam Aerobik sebelum berjalan kaki sejauh 3 km. 

Mengambil tempat masing-masing sebelum memulakan senam aerobik.

Bersama-sama melakukan senam aerobik.

Nampak mudah, belum cuba belum tau.

Nampak bersemangat sebelum riadah berjalan kaki.

Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula, bersama ibubapa dan murid melakukan riadah berjalan kaki. 

Ketua Kampong Bebuloh, Awg Hj Said bin Tundak tidak ketinggalan bersama anak-anak buah kampong memeriahkan dan mejayakan acara riadah berjalan kaki. 
Yang mana satu~idaman kalbu~ehehe...Pose dari guru-guru Sekolah Rendah Bebuloh sebelum memulakan riadah berjalan kaki. 
Bukit kan ku daki..Lurah kan ku turuni...kerana tugas ku turutkan jua :)
Bejalan ni masih mampu mengukir senyum cuba try berlari...kirai pun nda g teangkat ehehe
Sebahagian murid yang ikut serta.
Berehat setelah penat berjalan.

Selesai riadah berjalan kaki, acara seterusnya ucapan dari Pengerusi PIBG SR Bebuloh, Yang Mulia Awang Melin bin Anggas.  Taklimat Bomba disampaikan oleh wakil dari Bahagian Unit Pendidikan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mereka terdiri daripada SO.Noorjali bin Apong, ASO.Roslan bin Hj Lamat dan AB 820 Hj Mailin bin Hj Julai.
Antara yang menghadiri Taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pengerusi PIBG memberi sedikit ucapan. 
Salah seorang Pegawai  menyampaikan Taklimat mengenai Bomba dan Penyelamat.
Memulakan demonstrasi peralatan yang digunakan untuk memadam kebakaran. 
Yes! Padam.
Api kecil jadi kawan, besar jadi lawan. 
Demonstrasi memadamkan api menggunakan peralatan yang betul. 


Ketua Kampong Bebuloh, Hj Awg Said bin Tundak menyampaikan cenderahati kepada wakil Bahagian Unit Pendidikan Awam, Bomba dan Penyelamat bagi pihak Persatuan Ibubapa dan Guru-guru.









Monday, June 1, 2009

Majlis Perpisahan dan Doa Kesyukuran

Pada 16 Mei, bertempat di Restoran Ziznaa bermula jam 2 ptg telah berlangsung majlis perpisahan bagi Hajah Rauyah binti Hj Abd Rahman yang bersara pada umur 55 tahun. Beliau mula berkhidmat pada 1 Februari 1970 dan mula bertugas sebagai tukang masak di SR Bebuloh pada 1 September, 1990. 

Bacaan doa selamat disempurnakan oleh Ustaz Pauzi bin Apong.
Gambar kenangan bersama kakitangan SR Bebuloh yang lain.
Guru Besar, Cikgu Hj Shukry bin  Hj Kula menyampaikan cenderahati kenang-kenangan dari guru-guru SR Bebuloh.
Majlis diselajurkan dengan memotong kek sempena harijadi Hjh Rauyah yang ke 55 tahun pada 14 Mei, 2009
Bergambar ramai sebelum majlis bersurai. 

Friday, May 29, 2009

PERTANDINGAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pada 16hb Mei, telah berlangsung pertandingan Keselamatan Jalan Raya bagi Kawasan Brunei IV bertempat di Sekolah Rendah Lumapas. Acara bermula pada pukul 8 pagi, guru-guru pengawas hadir bersama 3 peserta masing-masing terdiri dari murid Tahun 4, 5 dan 6. 

Adee Azierah binti Azman murid  Tahun 5 memulakan pembentangan.
Abdullah Zahid bersiap sedia untuk meneruskan pembentangan sementara Zulzaifirul melakukan tugas sebagai pembantu kepada rakan-rakannya mengendalikan slide powerpoint. 
 
Para peserta bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang di ajukan oleh para hakim. 

Tahun ini adalah pertandingan kali yang ke 2. Pada tahun lepas Sekolah Rendah Bebuloh telah terpilih antara 5 buah sekolah untuk membuat pembentangan. Pada tahun ini, 15 buah sekolah Kawasan Brunei IV membuat pembentangan powerpoint masing-masing. Wakil dari Sekolah Rendah Bebuloh ialah Zulzaifirul Zahreen bin Zulkifli (Tahun 4), Adee Azierah binti Azman (Tahun 5) dan Abdullah Zahid bin Roslan (Tahun 6) dibawah pengawasan guru ICT, Cikgu Hjh Romziah. Hasil usaha mereka, Sekolah Rendah Bebuloh telah mendapat tempat ke 5 dalam pertandingan tahun ini. Syabas di ucapkan kepada para peserta. 






Tuesday, May 26, 2009

Majlis Pelancaran Penanaman Padi Ke Arah Mencapai Sara Diri Pengeluaran Beras

Pada 27hb April, bertempat di Kawasan Ladang Penanaman Padi Wasan telah berlangsung Majlis Pelancaran Penanaman Padi Pengeluaran Beras Negara Brunei Darussalam. Majlis turut diselajurkan dengan pengisytiharan nama beras baru Brunei sebagai 'Beras Laila".
Apa yang sangat membanggakan dan akan terpahat menjadi ristaan sejarah sepanjang zaman apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara penanaman padi di kawasan ladang penanaman padi Wasan.
Gambar-gambar yang sempat di ambil oleh salah seorang guru Sekolah Rendah Bebuloh, Cikgu Hj Roslan bin Hj Yakub ketika menghadiri majlis tersebut. 




Friday, April 3, 2009

Acara Riadah Berjalan Kaki

Acara Riadah berjalan kaki telah di adakan pada 4hb April, 2009 bermula jam 7.45 pagi. Riadah kali ialah mendaki bukit yang terdapat di kawasan Kampong Bebuloh. Matlamat bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk menikmati keadaan alam sekitar yang bersih.



Senam aerobik  beramai-ramai diadakan dikawasan tempat letak kereta Balai Ibadah Kampong Bebuloh  sebelum riadah berjalan kaki dimulakan
Murid rendah atas akan membantu murid rendah bawah

Gembira melakukan riadah bersama kawan-kawan
Berusaha untuk sampai ke puncak bukit
Tahniah berjaya hingga ke puncak 


Pemandangan dari puncak bukit

Pertandingan Azan dan Membaca Surah

Pada 19hb Mac, 2009 pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan zikir beramai-ramai sempena sambutan Maulidur Rasul. Majlis diselajurkan dengan pertandingan Azan bagi murid lelaki dan membaca Surah bagi murid perempuan bagi memilih wakil kepertandingan peringkat Brunei IV.

 
     
Antara peserta yang mengambil bahagian.


Sijil penyertaan dan hadiah disampaikan oleh Guru Besar SR Bebuloh, Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula.


Peserta-peserta yang mengambil bahagian.





Visitors Counter