Wednesday, June 3, 2009

Acara Riadah Dan Taklimat Bomba Serta Demonstrasi Memadam Api

Pada 17hb Mei, Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Rendah Bebuloh telah menganjurkan acara riadah senam aerobik dan berjalan kaki. Ahli-ahli PIBG, Guru-guru dan Ibubapa murid berkumpul di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh melakukan senam Aerobik sebelum berjalan kaki sejauh 3 km. 

Mengambil tempat masing-masing sebelum memulakan senam aerobik.

Bersama-sama melakukan senam aerobik.

Nampak mudah, belum cuba belum tau.

Nampak bersemangat sebelum riadah berjalan kaki.

Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula, bersama ibubapa dan murid melakukan riadah berjalan kaki. 

Ketua Kampong Bebuloh, Awg Hj Said bin Tundak tidak ketinggalan bersama anak-anak buah kampong memeriahkan dan mejayakan acara riadah berjalan kaki. 
Yang mana satu~idaman kalbu~ehehe...Pose dari guru-guru Sekolah Rendah Bebuloh sebelum memulakan riadah berjalan kaki. 
Bukit kan ku daki..Lurah kan ku turuni...kerana tugas ku turutkan jua :)
Bejalan ni masih mampu mengukir senyum cuba try berlari...kirai pun nda g teangkat ehehe
Sebahagian murid yang ikut serta.
Berehat setelah penat berjalan.

Selesai riadah berjalan kaki, acara seterusnya ucapan dari Pengerusi PIBG SR Bebuloh, Yang Mulia Awang Melin bin Anggas.  Taklimat Bomba disampaikan oleh wakil dari Bahagian Unit Pendidikan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mereka terdiri daripada SO.Noorjali bin Apong, ASO.Roslan bin Hj Lamat dan AB 820 Hj Mailin bin Hj Julai.
Antara yang menghadiri Taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pengerusi PIBG memberi sedikit ucapan. 
Salah seorang Pegawai  menyampaikan Taklimat mengenai Bomba dan Penyelamat.
Memulakan demonstrasi peralatan yang digunakan untuk memadam kebakaran. 
Yes! Padam.
Api kecil jadi kawan, besar jadi lawan. 
Demonstrasi memadamkan api menggunakan peralatan yang betul. 


Ketua Kampong Bebuloh, Hj Awg Said bin Tundak menyampaikan cenderahati kepada wakil Bahagian Unit Pendidikan Awam, Bomba dan Penyelamat bagi pihak Persatuan Ibubapa dan Guru-guru.









0 comments:

Visitors Counter