Sunday, October 31, 2010

Lawatan Ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Di Raja

Pada 30hb Oktober, aktiviti bagi murid-murid Tahun 6 diteruskan dengan lawatan ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Di Raja terletak di kawasan Bandar Seri Begawan. Murid-murid di iringi dua guru pengawas Cikgu Hjh Rokiah bte Yusof dan Cikgu Rose Hanizahwati bte Hj Md Tamit.



Friday, October 29, 2010

Lawatan Ke Muzium Teknologi

Pada 27hb Oktober, 2010 murid-murid Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan PSR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Teknologi di Jalan Kota Batu. Murid-murid di iringi oleh Cikgu Nurshratinah bte Hj Rajid dan Cikgu Rose Hasnizahwati bte Hj Md Tamit.

Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar

Pertandingan Kumpulan Tunas Mekar peringkat saringan telah diadakan di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei pada 19hb Oktober, 2010. Peserta terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 3, 4 dan 5. Murid-murid melakonkan Sketsa Drama bertajuk 'Samad Selamat'. Murid-murid mengadakan latihan penuh pada 18hb Oktober. Murid-murid di awasi oleh Cikgu Nurhasiefah bte Abdullah dan Cikgu Nurshratinah bte Hj Rajid.

Sambutan Hari Raya dan Hari Guru

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H dan Hari Guru bagi kali ke 20 telah diadakan pada 9hb Oktober, 2010. Acara mengambil tempat di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh. Berbagai persembahan dari murid-murid hasil bimbingan dari guru-guru dapat disaksikan semasa majlis tersebut. Tetamu kehormat majlis ialah Awang Melin bin Anggas.

Monday, June 29, 2009

Sukan Ria

Pada 13hb Jun, 2009 sebelum bermulanya cuti persekolahan penggal ke dua SR Bebuloh telah mengadakan Sukan Ria. Acara sukan bagi murid-murid dan guru-guru telah di sediakan untuk memeriahkan majlis. 
Acara dimulakan dengan Senam Aerobik beramai-ramai. 
Murid-murid nampak gembira memberi sokongan kepada kawan-kawan yang lain.
Antara acara sukan yang disediakan bagi Murid Tahun 1 'Music Chair" 
Acara sukan "Membawa bola pingpong dalam sudu" bagi murid-murid PRA.
Acara "Makan Limau" bagi murid-murid Tahun 4
Acara sukan bagi guru-guru lelaki "Menendang Bola Kesasaran"
Semangat ustaz....Maju sukan untuk negara ehehe
Acara sukan bagi guru-guru perempuan menyambung gelang getah.
Steady Ty...antara sukan olimpik akan datang yang dicadangkan menyambung gelang
getah.
Dengan cara yang tersendiri bakal wakil peserta olimpik wanita ehehe

Juara Acara Menyambung gelang getah
Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula menyampaikan hadiah  kepada guru-guru dan murid-murid yang berjaya dalam acara sukan yang dipertandingkan.





Aktiviti Membersihkan Kolam Ikan

Ahli-ahli Persatuan Ibubapa dan Guru-guru SR Bebuloh telah mengadakan aktiviti membersihkan kolam ikan pada 12hb Jun, 2009. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah bagi menambah bisaikan lagi suasana halaman sekolah, membersihkan dan memelihara ikan-ikan peliharaan yang terdapat di dalam kolam ikan. 


Kawasan kolam ikan.
Memulakan kerja memancang tiang pagar disekeliling kolam ikan
Guru serba boleh.
Steady wadi...gaya ada sudah tu. 
Siap sedia untuk melakukan tugas.
 
Air yang cetek jangan di sangka nda bebuaya ehehe
Iski nangkap lauk dikolam, mun tau bawa penyiut lauk ku tadi.


Tuesday, June 16, 2009

Taklimat SPN21


Pada 5hb Jun, 2009 hari Jumaat Sekolah Rendah Bebuloh telah mengadakan Taklimat SPN21 bagi ibubapa dan penjaga murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh bermula jam 8 pagi. 
Taklimat bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada ibubapa dan penjaga murid mengenai perubahan pengajaran, pembelajaran, pemarkahan, buku-buku teks yang digunakan, penilaian tahap kemajuan murid dan sessi soal jawab. Diharap dengan adanya taklimat seperti ini akan menambah pengetahuan ibubapa dan penjaga murid tentang perubahan pembelajaran anak-anak mereka dan menambah eratkan kerjasama antara ibubapa dan penjaga dan guru-guru. 

Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula, membuka acara sebelum taklimat dimulakan. 
Cikgu Hj Roslan bin Hj Yakub guru Kelas Tahun 4 menyampaikan taklimat mengenai SPN21.
Antara ibubapa dan penjaga murid yang hadir.
Antara guru-guru yang turut menyampaikan taklimat SPN21 ialah Cikgu Hjh Zuliana binti Hj Jolkifli guru kelas Tahun 1, Cikgu Tetty Sufina binti Hj Ahmad guru RELA Rendah Bawah dan Cikgu Nurshratinah binti Hj Rajid guru kelas Tahun 5 matapelajaran Bahasa Inggeris Rendah Atas.


Visitors Counter