Pada 6 Jun 2011, murid-murid dari PRA hingga Tahun 6 di iringi guru-guru telah membuat lawatan ke Muzium Teknologi Brunei bertempat di Kampong Pelambayan. Di Muzium Teknologi Brunei murid-murid dapat menyaksikan adat perkahwinan 7 puak jati Brunei yang terdiri daripada Puak Brunei, Tutong, Belait, Murut, Bisaya, Dusun dan Kedayan dan juga termasuk replika bentuk pelamin bagi setiap puak. Manakala di tingkat atas pula dipamerkan beberapa peralatan-peralatan lama seperti celapa, gantang, pedang, gong dan sebagainya. Ditingkat ini murid-murid dapat menyaksikan bagaimana orang-orang dahulu melakukan pertukangan kayu dan besi seperti parang dan membuat atap daripada daun nibong. Di tingkat 3 dipamerkan rumah atau kediaman setiap puak jati melayu di negara ini seperti Puak Dusun. Rumah ini diperbuat daripada kayu dan ianya kelihatan seperti benar.
Setelah mengambil gambar disekitar luar kawasan Muzium Teknologi murid-murid kemudiannya beredar ke bangunan Muzium Kota Batu yang berada di atas bukit. Murid-murid hanya berjalan kaki sahaja dengan menggunakan tangga yang telah disediakan menuju ke tempat tersebut. Di Muzium kota Batu murid-murid dapat melihat pameran ‘Rahsia Dari Sungai’ dimana bermacam-macam jenis artifak telah ditemui di Sungai Limau Manis semasa kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan. Antaranya ialah duit syiling yang berasal dari negeri Cina seperti tembikar-tembikar lama dan batu jed. Manakala di ruang hujung pula ialah pameran ‘Masjid Wadah Kepimpinan Raja’yang mempamerkan barang-barang seperti beduk, mimbar, cokmar, bendera masjid dan model masjid. Di ruang yang lain pula mempamerkan barang-barang yang didapati dari negara-negara Islam seperti tembikar, Al quran, pedang dan lain-lain lagi. Di muzium itu juga ada menempatkan satu ruang khas yang mempamerkan penemuan minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi bagi Negara Brunei Darussalam.
Sebahagian gambar yang di ambil ketika lawatan :
Monday, October 10, 2011
Lawatan Ke Muzium Teknologi dan Muzium Brunei
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 5:20 PM 0 comments
Sunday, October 9, 2011
Lawatan Ke Taman Mini Budaya Puak Melayu Brunei
Pada 28 April 2010, murid-murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 telah mengadakan lawatan ke Taman Mini Bidaya Puak Melayu Brunei bertempat di Sekolah Rendah Panglima Berudin, Limau Manis. Murid-murid diiringi guru kelas masing-masing. Dengan adanya lawatan seperti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang puak-puak Melayu Brunei.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 5:03 PM 0 comments
Friday, October 7, 2011
Majlis Perpisahan
Pada 15 April 2011, bertempat di Restoran Season telah berlangsung majlis perpisahan bagi Cikgu Tetty Suffina binti Hj Ahmad yang berpindah ke Sekolah Rendah Katok. Mula berkhidmat di Sekolah Rendah Bebuloh pada tahun 2002. Semoga Cikgu Tetty akan terus maju jaya membimbing anak bangsa menjadi manusia yang berguna pada ugama, bangsa dan negara.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 8:42 PM 0 comments
Kempen Kitar Semula
Kempen Kesedaran Penggunaan dan kitar Semula Kertas telah diadakan dikalangan murid-murid dan warga sekolah. Kertas-kertas yang tidak lagi digunakan tidak akan dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah malahan akan dikumpulkan dan dijual kepada Syarikat Daikyo Environmental Recycling Sdn Bhd. Beginilah suasana ketika kempen berlangsung. Selain memberi kesedaran kepada guru-guru dan murid-murid tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, kempen ini juga melatih murid-murid mengamalkan sikap tolong-menolong, tidak jamah mata dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 8:28 PM 0 comments
Monday, September 12, 2011
Pengambilan Contoh Darah
Pengambilan Contoh Darah bagi pemeriksaan penyakit malaria telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Bebuloh. Beberapa orang pegawai dari Kementerian Kesihatan bertugas menjalankan pengambilan darah bagi kesemua murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 7:37 PM 0 comments
Lawatan ke Pesta Buku
Lawatan ke Pesta Buku bertempat di International Convention Centre (ICC), Berakas. Seramai 80 orang murid di iringi 14 orang guru turut serta dalam lawatan ini.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 6:19 PM 0 comments
Friday, April 29, 2011
Pembaikan Jalan Masuk Utama Ke kawasan Sekolah
Pada ketika ini pembaikan akibat dari tanah susur telah dijalankan sejak 23hb April 2011 yang lalu di tepi kawasan masuk ke Sekolah Rendah Bebuloh. Walaubagaimanapun cuaca buruk yang berterusan ini telah memburukkan lagi keadaan dari sebelumnya, sekaligus memberi kesan pada hasil pembaikan yang sedang giat dijalankan. Laluan utama bertambah rosak dan menjejaskan perjalanan masuk dan keluar warga sekolah. Murid-murid dinasihatkan agar lebih berwaspada ketika melintasi kawasan yang terjejas. Pada peringkat awal pembaikan, sebahagian guru-guru dan kakitangan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalanraya sebagai langkah keselamatan. Perkembangan setakat hari ini, semua kenderaan tidak lagi dapat masuk ke kawasan sekolah. Sedikit sebanyak perkara ini menjejaskan kelancaran perjalanan kenderaan yang lalu dikawasan sekolah dan juga kepada ibubapa. Namun usaha dari pihak-pihak yang bertanggungjawab terus dijalankan bagi memulihkan keadaan.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 7:42 PM 0 comments