Pada 25 Julai 2011 bertempat di Sekolah Rendah Junjungan di adakan Aktiviti Projek Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik sekolah-sekolah rendah Zon Brunei IV. Seramai 7 orang murid dari tahun 5 terpilih bagi mewakili sekolah rendah Bebuloh.
Friday, October 14, 2011
Projek Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 6:37 PM 0 comments
AKSI Bagi Guru dan Kakitangan Sekolah-Sekolah Brunei IV
23 Julai 2011 jam 2 ptg - Satu aktiviti sihat (AKSI) beriadah bagi guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah kawasan Brunei IV telah diadakan di Taman Mini Peranginan Kampong Parit. Aktiviti ini dihadiri oleh Tetamu Kehormat Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Rendah, Hj Zulkifli bin Ladis. Acara dimulakan dengan aktiviti pemanasan dan seterusnya senamrobik beramai-ramai diketuai oleh guru-guru Sekolah Rendah Sengkurong. Setelah bersenamrobik, guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah rendah Brunei IV, 'brisk walk' di sekitar kaawsan taman peranginan. Selesai acara berjalan kaki, sambil berehat acara dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah atas tajaan guru-guru besar kawasan Brunei IV.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 6:23 PM 0 comments
Wednesday, October 12, 2011
Taklimat Mengenai Dengan Kitar Semula
Pada 13 Julai 2011, guru-guru dan murid-murid berpeluang mendengar taklimat dari wakil O'Bon mengenai dengan pentingnya Kitar Semula. Acara bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh. Pembentangan menggunakan Ms Powerpoint menambah minat dan kefahaman murid-murid akan pentingnya Kitar Semula ini dilakukan bagi manusia dan alam semula jadi.
Secara ringkasnya kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Kitar semula sangat penting kepada dunia dan manusia yang hidup di dalamnya kerana ia boleh:
1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Selesai memberikan taklimat murid-murid berpeluang menerima hadiah jika berjaya menjawab soalan-soalan yang di berikan dengan tepat.
Sebahagian dari hasil Produk Kitar Semula yang di pamer dan di jual pada hari tersebut :
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 7:52 PM 0 comments
Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah
Bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid-murid satu taklimat mengenai dengan Pendidikan Pencegahan Dadah bagi Murid-murid Tahun 5 dan 6 telah diadakan pada 11 Julai 2011. Acara berlangsung di Bilik Komputer SR Bebuloh. Taklimat disampaikan oleh Pg Hj Pg Hj Shamsul Adli bin Pg Salleh wakil dari Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah Biro Kawalan Narkotik.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 7:41 PM 0 comments
Lawatan ke Kementerian Pembangunan
Pada 2 Julai 2011, sekali lagi murid-murid SR Bebuloh membuat lawatan ke kementerian Pembangunan bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan kementerian ini bertempat di ruang legar dan kawasan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 6:49 PM 0 comments
Monday, October 10, 2011
Lawatan Ke Muzium Teknologi dan Muzium Brunei
Pada 6 Jun 2011, murid-murid dari PRA hingga Tahun 6 di iringi guru-guru telah membuat lawatan ke Muzium Teknologi Brunei bertempat di Kampong Pelambayan. Di Muzium Teknologi Brunei murid-murid dapat menyaksikan adat perkahwinan 7 puak jati Brunei yang terdiri daripada Puak Brunei, Tutong, Belait, Murut, Bisaya, Dusun dan Kedayan dan juga termasuk replika bentuk pelamin bagi setiap puak. Manakala di tingkat atas pula dipamerkan beberapa peralatan-peralatan lama seperti celapa, gantang, pedang, gong dan sebagainya. Ditingkat ini murid-murid dapat menyaksikan bagaimana orang-orang dahulu melakukan pertukangan kayu dan besi seperti parang dan membuat atap daripada daun nibong. Di tingkat 3 dipamerkan rumah atau kediaman setiap puak jati melayu di negara ini seperti Puak Dusun. Rumah ini diperbuat daripada kayu dan ianya kelihatan seperti benar.
Setelah mengambil gambar disekitar luar kawasan Muzium Teknologi murid-murid kemudiannya beredar ke bangunan Muzium Kota Batu yang berada di atas bukit. Murid-murid hanya berjalan kaki sahaja dengan menggunakan tangga yang telah disediakan menuju ke tempat tersebut. Di Muzium kota Batu murid-murid dapat melihat pameran ‘Rahsia Dari Sungai’ dimana bermacam-macam jenis artifak telah ditemui di Sungai Limau Manis semasa kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan. Antaranya ialah duit syiling yang berasal dari negeri Cina seperti tembikar-tembikar lama dan batu jed. Manakala di ruang hujung pula ialah pameran ‘Masjid Wadah Kepimpinan Raja’yang mempamerkan barang-barang seperti beduk, mimbar, cokmar, bendera masjid dan model masjid. Di ruang yang lain pula mempamerkan barang-barang yang didapati dari negara-negara Islam seperti tembikar, Al quran, pedang dan lain-lain lagi. Di muzium itu juga ada menempatkan satu ruang khas yang mempamerkan penemuan minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi bagi Negara Brunei Darussalam.
Sebahagian gambar yang di ambil ketika lawatan :
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 5:20 PM 0 comments
Sunday, October 9, 2011
Lawatan Ke Taman Mini Budaya Puak Melayu Brunei
Pada 28 April 2010, murid-murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 telah mengadakan lawatan ke Taman Mini Bidaya Puak Melayu Brunei bertempat di Sekolah Rendah Panglima Berudin, Limau Manis. Murid-murid diiringi guru kelas masing-masing. Dengan adanya lawatan seperti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang puak-puak Melayu Brunei.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 5:03 PM 0 comments
Friday, October 7, 2011
Majlis Perpisahan
Pada 15 April 2011, bertempat di Restoran Season telah berlangsung majlis perpisahan bagi Cikgu Tetty Suffina binti Hj Ahmad yang berpindah ke Sekolah Rendah Katok. Mula berkhidmat di Sekolah Rendah Bebuloh pada tahun 2002. Semoga Cikgu Tetty akan terus maju jaya membimbing anak bangsa menjadi manusia yang berguna pada ugama, bangsa dan negara.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 8:42 PM 0 comments
Kempen Kitar Semula
Kempen Kesedaran Penggunaan dan kitar Semula Kertas telah diadakan dikalangan murid-murid dan warga sekolah. Kertas-kertas yang tidak lagi digunakan tidak akan dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah malahan akan dikumpulkan dan dijual kepada Syarikat Daikyo Environmental Recycling Sdn Bhd. Beginilah suasana ketika kempen berlangsung. Selain memberi kesedaran kepada guru-guru dan murid-murid tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, kempen ini juga melatih murid-murid mengamalkan sikap tolong-menolong, tidak jamah mata dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Posted by Sekolah Rendah Bebuloh at 8:28 PM 0 comments