Monday, June 29, 2009

Sukan Ria

Pada 13hb Jun, 2009 sebelum bermulanya cuti persekolahan penggal ke dua SR Bebuloh telah mengadakan Sukan Ria. Acara sukan bagi murid-murid dan guru-guru telah di sediakan untuk memeriahkan majlis. 
Acara dimulakan dengan Senam Aerobik beramai-ramai. 
Murid-murid nampak gembira memberi sokongan kepada kawan-kawan yang lain.
Antara acara sukan yang disediakan bagi Murid Tahun 1 'Music Chair" 
Acara sukan "Membawa bola pingpong dalam sudu" bagi murid-murid PRA.
Acara "Makan Limau" bagi murid-murid Tahun 4
Acara sukan bagi guru-guru lelaki "Menendang Bola Kesasaran"
Semangat ustaz....Maju sukan untuk negara ehehe
Acara sukan bagi guru-guru perempuan menyambung gelang getah.
Steady Ty...antara sukan olimpik akan datang yang dicadangkan menyambung gelang
getah.
Dengan cara yang tersendiri bakal wakil peserta olimpik wanita ehehe

Juara Acara Menyambung gelang getah
Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula menyampaikan hadiah  kepada guru-guru dan murid-murid yang berjaya dalam acara sukan yang dipertandingkan.





Aktiviti Membersihkan Kolam Ikan

Ahli-ahli Persatuan Ibubapa dan Guru-guru SR Bebuloh telah mengadakan aktiviti membersihkan kolam ikan pada 12hb Jun, 2009. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah bagi menambah bisaikan lagi suasana halaman sekolah, membersihkan dan memelihara ikan-ikan peliharaan yang terdapat di dalam kolam ikan. 


Kawasan kolam ikan.
Memulakan kerja memancang tiang pagar disekeliling kolam ikan
Guru serba boleh.
Steady wadi...gaya ada sudah tu. 
Siap sedia untuk melakukan tugas.
 
Air yang cetek jangan di sangka nda bebuaya ehehe
Iski nangkap lauk dikolam, mun tau bawa penyiut lauk ku tadi.


Tuesday, June 16, 2009

Taklimat SPN21


Pada 5hb Jun, 2009 hari Jumaat Sekolah Rendah Bebuloh telah mengadakan Taklimat SPN21 bagi ibubapa dan penjaga murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh bermula jam 8 pagi. 
Taklimat bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada ibubapa dan penjaga murid mengenai perubahan pengajaran, pembelajaran, pemarkahan, buku-buku teks yang digunakan, penilaian tahap kemajuan murid dan sessi soal jawab. Diharap dengan adanya taklimat seperti ini akan menambah pengetahuan ibubapa dan penjaga murid tentang perubahan pembelajaran anak-anak mereka dan menambah eratkan kerjasama antara ibubapa dan penjaga dan guru-guru. 

Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula, membuka acara sebelum taklimat dimulakan. 
Cikgu Hj Roslan bin Hj Yakub guru Kelas Tahun 4 menyampaikan taklimat mengenai SPN21.
Antara ibubapa dan penjaga murid yang hadir.
Antara guru-guru yang turut menyampaikan taklimat SPN21 ialah Cikgu Hjh Zuliana binti Hj Jolkifli guru kelas Tahun 1, Cikgu Tetty Sufina binti Hj Ahmad guru RELA Rendah Bawah dan Cikgu Nurshratinah binti Hj Rajid guru kelas Tahun 5 matapelajaran Bahasa Inggeris Rendah Atas.


Sunday, June 7, 2009

Aktiviti Kemahiran Berfikir

Aktiviti Kemahiran Berfikir di adakan setiap hari Rabu setelah selesai perbarisan pagi. Objektif aktiviti ini di adakan adalah bagi meluaskan lagi pengetahuan am murid-murid. Antara aktiviti-aktivit yang disediakan ialah teka silangkata, melukis dan pengetahuan am mengenai dengan ASEAN.
Suasana ketika aktiviti Kemahiran Berfikir berlangsung.
Murid-murid cuba menyelesaikan aktiviti yang disediakan.
Murid-murid Rendah Atas diberikan aktiviti kemahiran berfikir  mengenai dengan ASEAN.
 
Mini Galeri ASEAN SR Bebuloh bertempat di Bilik Perpustakaan.
 
Cuba menyelesaikan aktiviti yang diberikan dengan bersungguh-sungguh.

Kejohanan Olahraga Kawasan Brunei IV

Tuan rumah Kejohanan  Olahraga bagi kawasan Brunei IV kali ini  ialah Sekolah Rendah Jerudong ianya berlangsung pada 5hb Mei, 2009. Acara bertempat  di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula jam 8.00 pagi. Hampir kesemua acara olahraga berlangsung pada sebelah pagi bagi peringkat saringan. Acara pada sebelah petang ialah perlawanan peserta yang berjaya keperingkat akhir, perbarisan lalu peserta olahraga dan penyampaian hadiah. Tetamu kehormat pada hari itu ialah Yang Mulia Hjh Kamariah binti Hj Ibrahim, PPKD, Brunei IV.


Sebahagian guru-guru SR Bebuloh yang bertugas pada hari tersebut.


Murid-murid menikmati makan tengahari yang disediakan. 

Salah seorang  peserta olahraga mendapat kecederaan ringan.
Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula menyampaikan hadiah kepada peserta olahraga yang berjaya. 
Peserta-peserta olahraga SR Bebuloh ketika perbarisan lalu di iringi guru Pengawas Sukan Cikgu Iswadi bin Dr Mataim.

Peserta-peserta olahraga berkumpul di padang Stadium sebelum acara bersurai. 

Teruskan usaha untuk terus maju dalam sukan. 



Visitors Counter