Tuesday, March 10, 2009

Perlawanan Bolasepak Peringkat Saringan

Perlawanan bolasepak peringkat saringan bagi kawasan Brunei IV telah di adakan pada 7hb Mac, 2009  bertempat di Padang Jabatan Pendidikan ko-kurikulum, Gadong. Seramai 13 orang murid mewakili Pasukan Bolasepak SR Bebuloh dibawah pengawasan Cikgu Hj Roslan bin Hj Yakub, Cikgu Iswadi bin Dr Mataim dan Ustaz Pauzi bin Apong. Pasukan SR Bebuloh bertemu dengan Pasukan SR Bengkurong. 

Sebahagian pemain pasukan SR Bebuloh.

Rehat separuh masa pertama.

Ketika perlawanan sedang berlangsung

Sata-saat kecemasan di pintu gol

Keputusan perlawanan pada hari itu, Pasukan SR Bengkurong telah  berjaya mengalahkan SR Bebuloh dengan jaringan 6 - 0. Tahniah diucapkan kepada pasukan SR Bengkurong. 

Sambutan Hari Kebangsaan

Pada 7hb Mac, 2009 - SR Bebuloh telah mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan peringkat sekolah,  majlis ini diselajurkan dengan Perasmian Blog Sekolah dan Mini Galeri ASEAN. 

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Ustaz Pauzi bin Apong.
Ucapan alu-aluan daripada Penasihat Majlis 
Cikgu Hj Shukry bin Hj Kula
Guru Besar SR Bebuloh
Ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis
Cikgu Hjh Kamariah binti Hj Ibrahim
PPKD Brunei II & IV
Kementerian Pendidikan

Antara tetamu yang hadir.

Persembahan Ikrar dari murid-murid.
  
 
Persembahan Guling Tangan daripada murid-murid SR Bebuloh. Mereka terdiri daripada peserta Projek Bengkel Gendang Anjuran Badan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Tradisi Bisaya Kampong Bebuloh.

Salah seorang penerima hadiah peraduan yang telah diadakan bersempena Jubli Perak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam peringkat sekolah.
Tetamu kehormat merasmikan Pelancaran Blog Sekolah.
Perasmian Mini Galeri ASEAN di bilik Perpustakaan SR Bebuloh    

Menyaksikan pameran Mini Galeri ASEAN.

Tetamu kehormat dan jemputan bergambar di Sudut pameran bagi Negara Brunei Darussalam. 

Thursday, March 5, 2009

Majlis Membaca Surah Yaassin

Aktiviti keagamaan membaca Surah Yaassin diadakan 2 kali sebulan pada setiap hari Khamis. Bacaan Surah Yaassin diketuai oleh Ustaz Fauzi bin Apong. 

  Guru-guru yang hadir semasa majlis membaca Surah Yassiin

           Murid-murid yang boleh membaca digalakkan turut membaca Surah Yassiin bersama-sama. 

Tuesday, March 3, 2009

Perpustakaan Bergerak

Pada 4hb Mac 2009, kehadiran Pustaka Bergerak ke SR Bebuloh. Murid-murid dimaklumkan lebih awal untuk memastikan mereka membawa kad ahli perpustakaan dan mengembalikan buku-buku yang telah dipinjam mengikut tarikh yang telah diberikan. 


Murid-murid beratur mengikut giliran.
Memastikan buku yang dipinjam belum pernah di baca.
Suasana di dalam bas pustaka bergerak.



Monday, March 2, 2009

Peraduan Mari Bercerita

2 orang murid mewakili SR Bebuloh dalam Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan telah berlangsung pada 2hb Mac 2009 bertempat di Stadium Tertutup, Berakas. Untuk pertama kalinya peserta-peserta perlu membawakan cerita mereka menggunakan format baru berpandukan gambar yang telah disediakan. Semoga mereka akan berjaya ke peringkat yang seterusnya.

Nur Saziqah binti Abdullah wakil ke Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan

Lawatan Ke Pesta Buku

Pada 2hb Mac, 2009 seramai 77 orang murid SR Bebuloh di bawah pengawasan 10 orang guru telah membuat lawatan ke Pesta Buku bersempena dengan sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan NBD bertempat di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah, Jalan Berakas bermula jam 9 hingga 10.15 pagi. 

Murid-murid berkumpul di luar Stadium Tertutup. 

Murid-murid Tahun 1 mula memilih buku-buku menarik yang akan dibeli.

 Salah seorang guru SR Bebuloh sedang menunjukkan sesuatu kepada muridnya.
 

Mesyuarat Agong PIBG


Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), SR Bebuloh telah di adakan pada 30hb Januari 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh bermula jam 8.30 pagi. Antara agenda mesyuarat pada hari itu ialah :

- Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2006/2008
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2009/2011
- Penyampaian Sijil bagi Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2006/2008 

Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PIBG, SR Bebuloh,
Yang Mulia Awang Sisir bin Sapai
Antara ahli-ahli PIBG yang hadir.
Salah seorang penerima Sijil bagi Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2006/2008
Sepatah dua kata ucapan dari Pengerusi PIBG bagi sesi 2009/2011 
Yang Mulia Awang Melin bin Anggas
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2009/2011



Visitors Counter